Datuk Seri Azalina zahir ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

PerbankanSep 28, 2026 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,28 September – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

RINGKASAN BERITA AI

−

Ahli Parlimen Pengerang itu turut menyifatkan Allahyarham sebagai isteri dan pendamping yang teguh berdiri bersama suaminya,Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengharungi perjalanan kehidupan serta khidmat kepada negara.

Beliau berkata,ungkapan bahawa di sebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang isteri yang mempercayainya,setia berdiri di sisinya dan menjadi sumber kekuatan,amat tepat menggambarkan sosok Allahyarham.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir,seluruh ahli keluarga serta semua yang mengenali dan menyayangi Allahyarhamah.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala kekhilafan Allahyarham,melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh”,katanya.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi