Ketegangan meningkat, Korea Utara uji peluru berpandu balistik

PerbankanOct 13, 2026 IDOPRESS

Foto Fail AFP

SEOUL,13 Oktober – Korea Utara dilaporkan melancarkan beberapa peluru berpandu balistik dari pantai timurnya pada Isnin,menurut tentera Korea Selatan.

RINGKASAN BERITA AI

−

Kedua-dua pihak dilapor menguji teknologi peluru berpandu yang dinaik taraf.

Agensi berita rasmi Pyongyang,KCNA pada Selasa menyatakan Korea Utara menguji peluru berpandu balistik taktikal bagi mengesahkan kejayaan penyelidikannya.

Bagaimanapun tiada perincian lanjut mengenai perkara terbabit.

Sementara itu,Kementerian Pertahanan Jepun secara berasingan mengesahkan pelancaran sekurang-kurangnya satu peluru berpandu balistik.

Manakala Pemerintah Pasifik Amerika Syarikat (AS) memaklumkan dua peluru berpandu dilepaskan namun tidak memberikan ancaman serta-merta kepada anggota,wilayah AS mahupun sekutunya.

Dalam pada itu,siasatan bersama Seoul dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu berkata Korea Utara bertanggungjawab menanam periuk api yang meletup di DMZ lebih sembilan bulan lalu.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Pyongyang.-AFP

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi