
China menawarkan sistem berasaskan satelit bertujuan membantu Malaysia mempertingkatkan ketepatan ramalan cuaca
BEIJING,13 Oktober – Malaysia merancang dan mencadangkan kerjasama dengan China menerusi perjanjian bersama serta bantuan perundangan dalam pengurusan bencana negara khususnya ketika menghadapi Monsun Timur Laut.
RINGKASAN BERITA AI
−
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut memaklumkan,pelaksanaan Bulan Kesiapsiagaan Bencana dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) membolehkan kemas kini maklumat ramalan cuaca termasuk mengenal pasti lokasi berisiko sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.
“Maklumat berkenaan mengeluarkan amaran awal dan membolehkan pemindahan penduduk di kawasan titik panas sekiranya hujan lebat serta luruan angin melebihi jangkaan asal.
“Kerajaan turut menyediakan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan kemudahan di lokasi terjejas ditambah baik mengikut peruntukan yang diterima.
“Selain itu,pusat pemindahan kekal turut disediakan dan boleh digunakan di luar musim banjir termasuk bagi aktiviti persekolahan serta kegunaan lain,”katanya lagi.
Pada 2024,RM960 juta,angka kerugian akibat banjir dan hasil langkah kesiapsiagaan yang dilaksana pada tahun berikutnya menyaksikan jumlah berkenaan berkurangan kepada RM600 juta.
“Tindakan awal termasuk pemindahan penduduk dan penyelamatan dokumen penting akan dipertingkatkan dengan NADMA serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat terus menyelaras persiapan menghadapi banjir,”katanya.
Justeru beliau berharap pemindahan teknologi ramalan cuaca dari China berupaya meningkatkan kesiapsiagaan Malaysia,sekali gus mengurangkan risiko terhadap keselamatan penduduk dan kerosakan harta benda.