Projek solar di premis rekod penjimatan sebanyak RM115 juta

PerbankanOct 14, 2026 IDOPRESS

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

PUTRAJAYA,14 Oktober – Inisiatif pemasangan sistem solar fotovolta di premis kerajaan di seluruh negara berpotensi menjana penjimatan kos tenaga elektrik sehingga RM115 juta setahun berbanding penggunaan bekalan konvensional.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria Tersambung Grid di Bangunan-Bangunan Kerajaan di Wisma Putra,di sini hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadii Menteri Luar,Datuk Seri Utama Mohamad Hasan.

Terdahulu,Datuk Seri Alexander menyempurnakan penyerahan lima projek GCPV yang siap mendahului jadual (AOT) tanpa sebarang lanjutan masa membabitkan premis Kementerian Luar,Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM),Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Lima projek terbaharu yang merangkumi enam bangunan itu mempunyai kapasiti terpasang sebanyak 779.86 kilowatt-puncak (kWp) dengan unjuran penjanaan 1,070 megawatt-jam (MWj) elektrik setahun,sekali gus mengelakkan pelepasan sekitar 791 tan metrik karbon dioksida setara setahun.

Datuk Seri Alexander turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Ekonomi yang memperuntukkan RM57.6 juta bagi membiayai program pemasangan solar di premis persekutuan.

Menerusi peruntukan itu,sasaran awal kapasiti pemasangan sembilan megawatt di semenanjung telah berjaya ditingkatkan sebanyak lapan peratus kepada 9.68 megawatt,merangkumi 19 projek di 46 premis.

“Apabila kesemua 19 projek ini beroperasi sepenuhnya,ia diunjurkan menjana sekitar 13,200 MWj elektrik setahun dengan potensi penjimatan kasar bil elektrik kerajaan kira-kira RM5.5 juta setahun atau menghampiri RM130 juta sepanjang tempoh hayat 25 tahun,” katanya lagi.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi