
Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,14 Oktober – Kementerian Luar menggesa rakyat Malaysia supaya menangguhkan sebarang urusan tidak mendesak ke Arab Saudi susulan situasi keselamatan di negara itu yang dilaporkan belum reda sepenuhnya.
RINGKASAN BERITA AI
−
Berkenaan laporan sekumpulan warga Malaysia yang terkandas di Jeddah berikutan pembatalan jadual penerbangan balik,beliau menjelaskan situasi itu berlaku akibat kekangan operasi beberapa syarikat penerbangan antarabangsa dan tempatan di rantau berkenaan.
“Pihak Malaysia Airlines telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan penempatan sementara untuk penumpang yang terjejas di lokasi yang ditentukan,selain sedang giat menyusun semula jadual penerbangan mereka.
“Justeru,ahli keluarga di tanah air tidak perlu bimbang kerana kebajikan dan urusan penjadualan semula penerbangan rakyat kita sedang diuruskan dengan baik,” tambahnya.