Peluang menjadi tetamu Allah nikmat berharga – Jameliah

KewanganJun 3, 2026 IDOPRESS

Jameliah Abdul Manaf

MEKAH,3 Jun – Keikhlasan hati seorang suri rumah membantu golongan asnaf sejak lebih 16 tahun lalu akhirnya membuka jalan buat Jameliah Abdul Manaf,66 tahun untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI

Kini lebih 250 individu dan keluarga telah berjaya dibantu melalui pelbagai bentuk bantuan termasuk zakat,perumahan,pendidikan dan kebajikan.

Ibu kepada empat anak dan nenek kepada sembilan cucu itu berkata,beliau mula aktif membantu golongan asnaf sekitar 2010 dengan menguruskan pelbagai urusan kebajikan.

Meskipun ketika itu belum dilantik secara rasmi sebagai amil,beliau tetap menjalankan tugas berkenaan atas dasar tanggungjawab sosial.

Jameliah kemudiannya menerima tauliah sebagai amil pada 2019 dan pernah diiktiraf sebagai Penolong Amil Kariah Terbaik selama dua tahun berturut-turut.

Menurutnya antara pengalaman yang paling sukar dilupakan ialah membantu sebuah keluarga yang kehilangan tempat tinggal sehingga terpaksa mencari perlindungan sementara.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi