Subsidi petroleum dijangka cecah RM40 bilion tahun ini

PasaranJul 22, 2026 IDOPRESS

Timbalan Menteri Kewangan,Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR,22 Julai – Subsidi produk petroleum dianggarkan mencecah hampir RM40 bilion tahun ini sekiranya harga pasaran semasa kekal,kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau menambah,walaupun peningkatan harga minyak boleh meningkatkan perbelanjaan subsidi,ia pada masa sama turut menyumbang kepada peningkatan hasil berkaitan petroleum.

“Setiap perubahan sebanyak AS$1 setong kepada harga minyak mentah dunia dianggarkan memberi impak sekitar RM300 juta kepada hasil berkaitan petroleum kerajaan Persekutuan,tidak termasuk dividen Petronas.

“Peningkatan hasil ini dapat membantu menampung sebahagian tekanan tambahan terhadap perbelanjaan subsidi bahan api,” katanya.

Menurut beliau,pelaksanaan BUDI Diesel merupakan kesinambungan usaha Kerajaan MADANI bagi memastikan subsidi diesel terus dinikmati rakyat secara lebih bersasar,selain mengurangkan ketirisan,penyalahgunaan dan aktiviti penyeludupan yang membebankan kewangan negara.

Pada masa sama,kerajaan turut memantau prestasi kutipan hasil secara berkala bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh serta mampu menampung keperluan perbelanjaan Persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan fiskal secara ketara.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi