
Foto RTM
KUALA LUMPUR,30 September – Di sebalik pertumbuhan ekonomi negara yang kekal stabil,sebahagian masyarakat masih berdepan tekanan kos sara hidup susulan peningkatan harga barangan,makanan,perumahan dan pengangkutan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurutnya,pengurusan perbelanjaan secara berhemah,mengelakkan hutang tidak perlu,mengamalkan gaya hidup mengikut kemampuan serta membina simpanan merupakan antara langkah yang boleh dilaksanakan bagi menghadapi tekanan kos sara hidup.
Pada masa sama,beliau berpandangan peningkatan pendapatan perlu bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi,antaranya menerusi usaha meningkatkan kemahiran atau ‘upskilling’ supaya tenaga kerja kekal bernilai dan relevan dalam pasaran.
Mengulas isu pengangguran khususnya dalam kalangan belia dan graduan,beliau menekankan kepentingan perancangan awal sebelum memilih bidang pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT),termasuk dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Katanya,pelajar perlu membuat kajian mengenai bidang atau kursus yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran serta memenuhi keperluan industri semasa.
“Isu pengangguran berlaku apabila graduan menawarkan kemahiran yang tidak selari dengan kehendak ekonomi semasa,”katanya.
Dalam pada itu,beliau berkata institusi pengajian tinggi turut memainkan peranan memastikan kandungan pengajian kekal relevan dengan keperluan industri,termasuk melalui semakan silibus pengajaran secara berkala.
Katanya,usaha itu turut dilengkapi program promosi dan pameran pendidikan oleh universiti,politeknik serta kolej swasta bagi membantu pelajar memahami peluang pengajian dan prospek kerjaya.
Namun,pelajar sendiri perlu lebih proaktif dengan membuat kajian menyeluruh mengenai prospek kerjaya serta keperluan pasaran sebelum memilih bidang pengajian.