
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,14 Oktober – Reformasi perkhidmatan Parlimen perlu diterjemahkan kepada peningkatan profesionalisme kakitangan serta mutu perbahasan,selaras usaha memperkukuh kebebasan dan kewibawaan institusi itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Jadi,sebab itu saya melihat perubahan ini,Akta Perkhidmatan Parlimen ini penting kerana ia,saya tegaskan memaknai erti demokrasi dalam parlimen dan kematangan sistem demokrasi.
“Demokrasi itu tentunya satu perjalanan yang panjang,satu proses yang menjamin kejayaannya adalah kesediaan kepimpinan untuk melakar prakarsa reform dan ahli parlimen yang menyambut secara positif.
“Tentunya diharapkan dengan kebebasan dan bidang kuasa parlimen untuk mengangkat keupayaan stafnya sendiri dan tahap profesionalismenya.
“Kita juga mengharapkan suatu pengangkatan dan peningkatan mutu perbahasan dan juga adab dalam perbahasan sesuai dengan bidang kuasa yang baharu. Ini tentunya memerlukan kerjasama front bench dan juga back benches dan pembangkang.
Datuk Seri Anwar berkata,penggunaan kuasa dalam institusi parlimen juga perlu berpandukan prinsip demokrasi,tanpa menjejaskan fungsi serta kewibawaan institusi berkenaan.
Beliau berkata demikian pada Majlis Peralihan Pentadbiran dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia di Bangunan Parlimen,hari ini.