19 maut, 364 cedera serangan Houthi ke atas lapangan terbang Arab Saudi

PasaranOct 16, 2026 IDOPRESS

Foto Fail AFP

ISTANBUL,16 Oktober –Seramai 19 orang terkorban manakala 364 lagi cedera dalam siri serangan kumpulan Houthi Yaman yang menyasarkan beberapa lapangan terbang di Arab Saudi,termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha.

RINGKASAN BERITA AI

−

Dalam pada itu,tiga lagi mangsa mengalami kecederaan dalam serangan terbaharu yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdullah di wilayah Jazan.

Menurut sumber rasmi Arab Saudi,sekurang-kurangnya lima lapangan terbang negara itu termasuk lapangan terbang utama di Riyadh terjejas akibat serangan berterusan kumpulan Houthi sejak 5 Oktober.

Insiden berkenaan bukan sahaja mengorbankan nyawa dan mencederakan orang awam,malah turut mengakibatkan kerosakan harta benda serta gangguan serius terhadap jadual dan trafik lalu lintas udara di rantau berkenaan.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi