
Foto AFP
SINGAPURA,16 Oktober –Singapura memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap syarikat yang didapati bertanggungjawab menyebabkan kebakaran di Indonesia,susulan krisis pencemaran udara yang melanda rantau Asia Tenggara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Indeks Kualiti Udara Singapura turut mencatatkan bacaan 236 sekitar pukul 10.30 pagi waktu tempatan,yang dikategorikan sebagai sangat tidak sihat.
Singapura melaksanakan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan pada 2014 susulan episod pencemaran serius pada 2013.
Undang-undang itu membolehkan tindakan diambil terhadap syarikat yang kegiatan mereka di luar negara menyebabkan atau menyumbang kepada tahap jerebu tidak sihat di Singapura.
Bagaimanapun,penguatkuasaan undang-undang berkenaan berdepan cabaran,termasuk keperluan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa asing serta maklumat terperinci mengenai lokasi kebakaran dan pemilikan tanah.
Siasatan Singapura terhadap empat syarikat Indonesia berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam krisis jerebu 2015 masih belum selesai.
Wong menegaskan,walaupun Singapura tidak dapat mengawal keadaan cuaca,tiupan angin atau kejadian di luar sempadannya,kerajaan akan melakukan segala usaha untuk melindungi rakyat negara itu.
Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama dengan negara jiran bagi menangani punca utama jerebu rentas sempadan. – AFP