
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,Tun Ramli Ngah Talib bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia,Steven Sim / Foto RTM
KUALA LUMPUR,15 Oktober – Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,Tun Ramli Ngah Talib menyempurnakan pelancaran pameran seni The Private Eye: Art,Poetry,Conversation di Kongsi Kreatif,di sini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Koleksi Raja Ahmad Aminullah menghimpunkan karya daripada pelbagai generasi seniman,sekali gus mencerminkan kepelbagaian pendekatan artistik dan ekspresi identiti budaya.
Antara seniman yang diketengahkan ialah Nik Zainal Abidin,Ahmad Khalid Yusof,Zulkifli Yusoff,Siti Zainon Ismail,Zakaria Ali dan Bayu Utomo Radjikin.
Pameran yang berlangsung sehingga 25 Oktober di Bangunan Sultan Abdul Samad itu bertujuan membawa koleksi seni peribadi ke ruang awam,sekali gus membolehkan masyarakat menikmati,memahami dan mentafsir karya berkenaan daripada pelbagai perspektif.