Majlis Halal ASEAN dicadang lancar September 2027 – TPM Zahid

DanaSep 18, 2026 IDOPRESS

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 di Jakarta / Foto RTM

JAKARTA,18 September – Cadangan penubuhan Majlis Halal ASEAN perlu diterjemahkan kepada tindakan bagi memperkukuh ekosistem halal dan mengurangkan halangan perdagangan antara negara anggota.

RINGKASAN BERITA AI

−

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal berkata,sebagai langkah awal,Malaysia dan Indonesia akan membincangkan penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia semasa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) pada September ini.

Menurutnya,Majlis Halal ASEAN tidak seharusnya hanya tertumpu kepada pengiktirafan pensijilan halal,sebaliknya perlu membantu syarikat halal mengembangkan perniagaan menerusi akses kepada rantaian bekalan serantau,taman industri halal,pembiayaan,logistik dan pasaran baharu.

Beliau turut melihat penubuhan Majlis Halal ASEAN sebagai antara asas ke arah pembentukan Majlis Pembangunan Halal Dunia bagi memperkukuh struktur ekonomi halal di peringkat global.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi