MCMC, PDRM perhebat usaha banteras jenayah seksual kanak-kanak dalam talian

DanaSep 24, 2026 IDOPRESS

Menteri Komunikasi,Datuk Seri Fahmi Fadzil / Foto RTM

PUTRAJAYA,24 September – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperhebat usaha membanteras kegiatan jenayah seksual terhadap kanak-kanak di ruang digital.

RINGKASAN BERITA AI

−

Tambah beliau,usaha bersepadu antara MCMC,PDRM dan penyedia platform digital penting,bagi memastikan kandungan berbahaya dapat dikesan,diturunkan dan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pihak terbabit.

Datuk Seri Fahmi ditemui selepas menghadiri Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi di sini hari ini,yang menyaksikan seramai 157 pegawai bersara menamatkan perkhidmatan.

Pada Selasa lalu,Pengarah JSJ Bukit Aman,Datuk M. Kumar memaklumkan lapan remaja antara 53 individu ditahan dalam Op Pedo Bersepadu PDRM-MCMC 3.0 yang dilaksanakan di seluruh negara dari 14 hingga 16 September.

Operasi turut menemukan 540,127 fail bahan penderaan seksual kanak-kanak dan 113,066 fail pornografi dewasa.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi