
Datuk Seri Mohamad Hasan
PUTRAJAYA,14 Oktober – Kementerian Luar bersedia menyalurkan bantuan dan mengadakan lawatan konsular kepada rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Jepun berhubung kes dadah,tertakluk kepada persetujuan individu terbabit selaras dengan undang-undang privasi negara berkenaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Langkah itu perlu dilakukan sekiranya pihak keluarga mahu kita adakan lawatan konsular bagi melihat kebajikan atau apa-apa keperluan mereka. Pihak berkuasa di sana memerlukan kebenaran bertulis daripada orang yang ditahan itu sendiri.
“Sama seperti kita mahu orang luar menghormati undang-undang negara kita,kita juga tidak boleh sesekali mencampuri proses perundangan di negara asing,” katanya lagi.