
Ketua Pusat Penyelidikan Kependudukan dan Migrasi Malaysia (MPMRC),Universiti Malaya (UM),Prof Madya Dr Mashitah Hamidi (gambar kecil)
KUALA LUMPUR,30 September – Usaha menghantar pulang tahanan warga Myanmar dari depoh imigresen perlu dinilai bukan hanya berdasarkan jumlah yang berjaya dihantar pulang,sebaliknya tempoh mereka berada dalam tahanan yang memberi kesan kepada kos kerajaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dr Mashitah berkata,proses dokumentasi perlu dipercepatkan menerusi kerjasama dengan kedutaan bagi mengurangkan tempoh tahanan.
Katanya,pendekatan itu selari dengan kenyataan Ketua Pengarah Imigresen sebelum ini bahawa kos makanan merupakan antara komponen perbelanjaan tertinggi dalam pengurusan depoh tahanan.
Bagaimanapun,beliau berkata aspek penjimatan tidak seharusnya menjadi satu-satunya ukuran dalam pelaksanaan program penghantaran pulang berkenaan.
“Kalau pemulangan ini tidak benar-benar sukarela dan tidak selamat,berkemungkinan berlaku migrasi semula atau mereka berpatah balik kerana tidak tahan dengan tekanan di tempat asal.
“Jadi,kita perlu lihat sama ada program ini tahan diuji dan bersifat mampan,bukan hanya melihat penjimatan dalam tempoh tertentu,” katanya.
Beliau berkata,keberkesanan operasi penghantaran pulang perlu dinilai secara menyeluruh.
Ia bagi memastikan pengurangan jumlah tahanan bukan sekadar bersifat sementara,sebaliknya dapat mengelakkan berlakunya migrasi semula pada masa depan.