
Tangkap layar video yang dikongsikan pasukan tentera bersekutu Yaman ketika saling berbalas serangan dengan kumpulan Houthi./ VIORY
YAMAN,14 Oktober – Pasukan tentera bersekutu dengan kerajaan Yaman dan kumpulan Houthi masing-masing menyiarkan rakaman video operasi ketenteraan serta serangan di beberapa barisan hadapan di Yaman,susulan peningkatan pertempuran sejak beberapa hari lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Pasukan berkenaan terlibat dalam pertempuran secara langsung dan berterusan dengan Houthi serta menyasarkan keupayaan mereka menggunakan pesawat tempur,dron,artileri dan pelancar roket berganda,” menurut kenyataan sama.
Pada Selasa,jurucakap tentera Ansar Allah (Houthi) mengumumkan bahawa sebuah dron peninjau Wing Loong II yang menurut mereka milik Arab Saudi,ditembak jatuh di ruang udara wilayah Saada ketika menjalankan apa yang disifatkannya sebagai “misi bermusuhan”.
Bagaimanapun,Arab Saudi belum membuat sebarang pengesahan mengenai dakwaan itu.
Perkembangan itu disusuli dengan pelancaran operasi ‘Fajar Yaman’ oleh pasukan kerajaan Yaman pada awal Oktober.
Pasukan berkenaan berkata operasi itu bertujuan memulihkan institusi negara,membebaskan ibu negara Sanaa dan menamatkan penguasaan Houthi.
Yaman dilanda peperangan sejak 2014,apabila Houthi merampas ibu negara Sanaa serta kawasan luas di bahagian utara negara itu.
Sementara itu,kerajaan Yaman dan pasukan sekutunya menguasai kawasan di selatan serta beberapa bahagian lain.
Konflik itu menyebabkan Yaman terus berdepan krisis kemanusiaan yang meluas. – VIORY