RPSA 2026-2030 jadi rujukan utama pendigitalan sektor awam

KewanganSep 28, 2026 IDOPRESS

Ketua Setiausaha Negara,menghadiri Simposium Enterprise Architecture (EA) Sektor Awam 2026 dan Peluncuran Rancangan Pendigitalan Sektor Awam (RPSA) 2026–2030 di Putrajaya,hari ini

PUTRAJAYA,28 September – Rancangan Pendigitalan Sektor Awam (RPSA) 2026-2030 bakal menjadi rujukan utama dalam merancang pelaksanaan inisiatif pendigitalan serta memperkukuh ekosistem digital kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Simposium Enterprise Architecture (EA) 2026 dan Peluncuran Rancangan Pendigitalan Sektor Awam (RPSA) 2026-2030 di Putrajaya,hari ini.

Shamsul Azri berkata,RPSA turut menumpukan kepada inisiatif penyelarasan data,tatakelola dan infrastruktur bagi memastikan teknologi serta kecerdasan buatan (AI) dapat dimanfaatkan secara bersepadu.

Beliau berkata,surat pemakaian RPSA 2026-2030 juga telah ditandatangani untuk dipanjangkan kepada seluruh kementerian,jabatan Persekutuan,kerajaan negeri,badan berkanun Persekutuan dan PBT.

Mengulas mengenai simposium berkenaan,beliau berkata penganjurannya bertujuan memperkasa kerjasama merentas sektor dalam mempercepat agenda transformasi digital negara.

Katanya,penglibatan dan perkongsian pengalaman daripada sektor awam,industri dan universiti akan memberi ruang kepada pemegang taruh mengenal pasti cabaran serta meneroka penyelesaian digital secara bersama.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi