
Datuk Seri Fahmi / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,16 Oktober – Ketelitian,ketepatan dan keadilan perlu menjadi keutamaan pengamal media,terutama ketika melaporkan isu membabitkan reputasi mana-mana pihak.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pengamal media,katanya,perlu memanfaatkan saluran komunikasi sedia ada termasuk SMS,WhatsApp atau panggilan telefon bagi mendapatkan maklum balas secara langsung.
“Kita perlu mengutamakan sentuhan kemanusiaan dengan memberi ruang kepada mereka untuk menjawab dan menggunakan hak memberikan maklum balas.
“Sekiranya mereka enggan memberikan komen,nyatakan perkara itu dalam laporan,” katanya.
Dalam pada itu,Datuk Seri Fahmi turut menzahirkan penghargaan kepada atlet,jurulatih serta penggiat sukan negara atas komitmen dan usaha mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.