Malaysia desak reformasi Majlis Keselamatan PBB, hadkan kuasa veto

KewanganOct 13, 2026 IDOPRESS

Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan/ Foto RTM

KUALA LUMPUR,13 Oktober – Malaysia menggesa reformasi struktur Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dilaksanakan bagi mengehadkan penggunaan kuasa veto,khususnya dalam menangani jenayah kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

RINGKASAN BERITA AI

−

“Perkara ini sentiasa berlaku. Beribu-ribu resolusi berkaitan Palestin dikemukakan,tetapi akhirnya diveto,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sik,Ahmad Tarmizi Sulaiman,pada persidangan Dewan Rakyat.

Menurutnya,Malaysia akan terus memanfaatkan pelbagai platform antarabangsa,termasuk PBB dan kerjasama serantau ASEAN,bagi mendesak penyelesaian segera terhadap konflik Palestin.

Mengulas mengenai usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan,Datuk Seri Mohamad berkata,Mesir memainkan peranan penting dalam membantu Malaysia menyalurkan bantuan ke Gaza,termasuk memudah cara pergerakan pasukan sukarelawan dan penghantaran bekalan.

Bagaimanapun,usaha penghantaran bantuan masih berdepan kekangan akibat sekatan Israel,dengan jumlah trak bantuan yang dibenarkan memasuki Gaza dilaporkan terhad kepada kira-kira 100 trak sehari.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi