
Foto Bernama
KUALA LUMPUR,9 Oktober -Sebanyak 37 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9.30 pagi tadi dengan Seremban,Negeri Sembilan merekodkan bacaan tertinggi,iaitu 186.
RINGKASAN BERITA AI
−
Lima kawasan di Perak turut mencatatkan bacaan tidak sihat,iaitu Tasek Ipoh (178),Tanjung Malim (173),Pegoh Ipoh (172),Seri Manjung (159) dan Taiping (128).
Kawasan lain yang turut terjejas ialah Rompin (170),Indera Mahkota Kuantan (162) dan Temerloh (154) di Pahang,manakala di Kedah melibatkan Sungai Petani (157) dan Alor Setar (153).
Selain itu,tiga kawasan di Pulau Pinang,iaitu Minden (153),Seberang Jaya (152) dan Seberang Perai (119) serta Kemaman di Terengganu (153) turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.
Sebanyak 31 kawasan di seluruh negara pula mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik,51 hingga 100 sederhana,101 hingga 200 tidak sihat,201 hingga 300 sangat tidak sihat,manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.