Belanjawan 2027: Perkasa perkhidmatan doktor udara di pedalaman Sabah, Sarawak

KewanganOct 9, 2026 IDOPRESS

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Kanan Jabatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia,Profesor Madya Dr. Aidalina

KUALA LUMPUR,9 Oktober –Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) menjadi talian hayat utama bagi penduduk khususnya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak,berikutan kekurangan infrastruktur jalan darat yang baik.

RINGKASAN BERITA AI

−

Katanya,langkah pencegahan pada peringkat awal dapat mengurangkan risiko penyakit menjadi kronik yang memerlukan kos rawatan tinggi,selain menyukarkan penduduk di kawasan pedalaman mendapatkan akses kepada kemudahan hospital.

Profesor Madya Dr. Aidalina turut menegaskan kepentingan menjaga kebajikan pegawai perubatan dan petugas klinikal bagi memastikan kemampanan sistem kesihatan awam negara.

“Sektor kesihatan merupakan sektor yang amat bergantung kepada tenaga manusia. Kehilangan tenaga manusia dalam bidang ini adalah satu kerugian besar kepada negara. Untuk melatih seorang doktor mahupun pegawai sains kesihatan bersekutu memerlukan tempoh yang panjang serta pelaburan yang tinggi. Sekiranya kebajikan mereka tidak dijaga sehingga menyebabkan mereka meninggalkan sistem,sistem kesihatan awam negara berisiko untuk runtuh,” katanya.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi