
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Alamin / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Oktober – Koperasi Permodalan FELDA (KPF) sedang melaksanakan pelan pemulihan menerusi pelupusan aset dan penstrukturan semula model perniagaan bagi menyelesaikan baki tuntutan anggota yang melebihi RM200 juta.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurutnya,aset hartanah berkenaan termasuk lot kedai dan beberapa bidang tanah yang kini dalam proses pelupusan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krau,Kamal Ashaari,pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.
Datuk Mohamad berkata,lebih separuh daripada keseluruhan tuntutan anggota yang berjumlah lebih RM400 juta telah diselesaikan setakat ini.
Selain itu,KPF turut merangka model perniagaan baharu yang diunjurkan mampu menjana keuntungan sebanyak RM42 juta setahun,sekali gus memperkukuh kedudukan kewangan koperasi berkenaan.
Keuntungan itu dijangka membantu KPF melunaskan baki tuntutan anggota,selain menjana pendapatan bagi memastikan manfaat berterusan kepada mereka.