BMW-i pertama negara, dimensi baharu kemudahan tandas pintar

KewanganOct 13, 2026 IDOPRESS

KPKT sasar setiap ibu negeri memiliki sekurang-kurangnya satu tandas pintar BMW-i 

PUTRAJAYA,13 Oktober – Inisiatif Tandas Bersih,Menawan dan Wangi (BMW-i) yang menggabungkan teknologi pintar diperkenal,seiring usaha kerajaan memperkasa kemudahan awam bertujuan meningkatkan kebersihan dan keselesaan pengguna.

RINGKASAN BERITA AI

−

Bagi memperluas pelaksanaan inisiatif itu,tandas BMW-i seterusnya dirancang di Putrajaya dan Kuala Lumpur sebelum diperluas ke ibu negeri terpilih sebagai model rujukan kepada PBT.

Sementara itu,penganjuran Majlis Anugerah Tandas Terbaik (TOTYA) terus diperkasa bagi meningkatkan kesedaran masyarakat serta menggalakkan pengurusan tandas awam yang lebih bersih dan berkualiti.

Edisi keempat anugerah itu dijadual berlangsung pada 20 Oktober ini,melibatkan lapan kategori dengan hadiah wang tunai RM20,000 bagi setiap pemenang kategori.

Jumlah penyertaan tahun ini meningkat daripada 345 kepada 849 penyertaan,mencerminkan sambutan yang semakin menggalakkan terhadap usaha membudayakan kebersihan tandas.

Beliau turut menyeru agar masyarakat memainkan peranan menjaga kebersihan kerana tandas yang bersih mencerminkan imej negara serta meningkatkan keyakinan pelancong terhadap Malaysia,khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026–2027.

KEMBALI KE ATAS
Cari masa Efinance, memberikan maklumat terkini mengenai berita kewangan, pandangan pelaburan, pasaran saham bank dan pengurusan kekayaan. Tafsiran yang mendalam, pelaburan pintar, semuanya dalam masa yang sama!

© Malay Monetary Times

Dasar Privasi